Hidup Ibarat Roda. Cuma Kini Saya Berada Di Bawah.

Hari minggu di kolej memang memenatkan.
Banyak masa untuk diisi. Namun cuma sedikit yang mampu dicapai.
Masih banyak yang ingin dibaca. Cuma secalit yang melekat di minda.
Saya dapat rasakan bahawa hari ini bukan hari saya.
Ada saja yang tak kena.

Perhaps I should've just gone back home.
Haih.


Saya seorang minimalis yang sentiasa ingin lari daripada klise.
Mengikut trend ialah klise. Melawan stereotaip pula bukan.
Kadang-kala lebih unik jika kita berbeza daripada orang lain.
Namun pada kelazimannya kita hanya kelihatan lebih poyo.

Saya harap saya jatuh dalam kategori yang pertama.

Acapkali saya ingin beranggapan bahawa saya seorang yang berbeza.
Bila bertemu seseorang dan menjadi kawan, saya harap saya bukan sekadar 'just another face'.
At least, that's not how I want to be remembered.
Tetapi, saya mula menyedari hakikat bahawa kita lebih mirip daripada yang saya sangka.


Klise dalam persahabatan


Saya ada seorang kenalan ketika di KYS dahulu yang terkenal dengan sikapnya yang sentiasa menongkah arus.
Segala perlakuannya berbeza dengan majoriti. Tutur katanya tidak seperti biasa.
Pada saya, dia seorang yang sangat genuine.
Namun biasalah, kita lebih celik untuk melihat keburukan daripada kebaikan. Klise bukan?
Maka, keunikannya dihubungkaitkan dengan perkataan 'pelik'.
Kemudian, 'pelik' bertukar 'jelik'.

Kebanyakan rakan-rakan saya berasa tidak selesa dengannya. Saya tidak terkecuali.
Kami rasa gayanya hanya menyebabkan dia tersisih.
Ada sebab mengapa kami beranggapan sebegitu.
Dia gemar melakukan perkara yang boleh dilakukan dengan mudah - melalui cara yang sukar.
Pendiriannya pula tidak selalunya relevan dengan situasi.
Sebagai misal, ketika kami bertungkus-lumus dan bersengkang mata menyiapkan kerja kursus Kemahiran Hidup PMR,
dia leka dalam dunianya. Dunianya ialah Magic the Gathering.
Maka bila deadline datang menjengah, kami juga yang bertungkus-lumus dan bersengkang mata membantu menyiapkan kerja kursusnya.
Usah tanya mengapa, pokoknya pendiriannya ketika itu menyusahkan kami semua.

Tetapi dia tetap dengan pendiriannya.



Klise nombor dua - The deserted makes a good target

Rakan saya yang seorang ini sering menjadi bahan untuk jenaka kami semua.
Biasalah, bila yang majoriti berasa sedikit berkuasa.
Agak pelik juga bila memikirkan seseorang yang bersusuk tubuh sasa, bila dijadikan bahan jenaka, tidak pula melawan.
A gentle ogre. Tetapi dia bukan seorang ogre. Jadi kami acah lagi.
Mustahil dia tidak pernah melawan.
Bila diacah, dia menzahirkan amarahnya pada objek-objek di sekitarnya. Tidak pada kami.
Namun reaksinya hanya menjadi jenaka yang lebih lucu buat kami.



Klise nombor tiga - Persepsi dan anggapan

Saya terpanggil untuk mengutarakan subtopik ini kerana 'pesanan' yang saya terima daripada seseorang semalam. Satu perkara yang saya sedar sepanjang saya bergelar pelajar KYS dan seterusnya KYUEM ialah betapa terdedahnya kita kepada persepsi orang ramai, bergantung pada perilaku kita. Setiap pasang mata yang melihat adalah juri yang menilai. Pada saya, walau sekeras manapun kalian menidakkannya - jauh di lubuk hati setiap di antara kita, saya percaya kita adalah makhluk yang judgemental, meskipun hanya sekelumit. Klise berlaku apabila kita menilai tanpa usul periksa. "Mereka berdua rapat lain macam saja. Mesti ada apa-apa."Lebih parah jika penilaiannya yang mungkin sarat dengan ralat tersebut dijaja kepada mereka yang ingin mendengar. Mungkin gosip ialah terma yang lebih sesuai digunakan di sini.


Hakikatnya, jika kehidupan di kolej ini ibarat sebuah teater muzikal, boleh jadi saya memegang watak seorang yang klise dan boleh diduga. Tapi tak bestlah macam tu.

0 comments: