Hari ini 7 Oktober 2008. Sudah 7 hari Syawal menjelang (atau 7 hari Ramadhan meninggalkan kita, bergantung kepada bagaimana anda melihatnya). Teringat kata-kata seorang ustaz di surau tempat saya menunaikan solat terawih tidak lama dahulu. "Jika kita ingin menilai amalan kita ketika bulan Ramadhan, lihat diri kita selepas berlalunya Ramadhan. Jika amaun amalannya sama dan mendatar sahaja jika diplotkan pada kertas graf, maka Ramadhan tidak memberikan kesan kepada kita." Saya lihat diri saya sendiri. Sebelum dan selepas Ramadhan. Saya tersipu sendiri. 'Mungkin tahun depan,' saya menaruh harapan. Masuk hari ini sudah 2 hari kolej bermula. Tiada apa yang begitu luar biasa berkenaan semalam, melainkan sepasang kasut yang saya pakai ke kelas. Ya, kasut tersebut menarik perhatian yang agak luar biasa. Jenuh saya memberi penjelasan kepada mereka yang bertanya.
Suatu perkara yang saya belajar tentang diri saya kebelakangan ini ialah kecenderungan saya untuk rasa mengantuk di kelas. Saya yakin saya bukan seorang penidur tegar, tetapi inilah realitinya. Ketika Mr Conquest sedang menerangkan tentang implikasi polisi fiskal terhadap ekonomi, saya hanyut dalam dilema saya. Dilema apa? Saya juga kurang pasti. Di dalam kelas Mr Brookes juga begitu. Mungkin kelas bermula waktu tengahari selepas makan. Saya bukan jenis pelajar yang gemar bersengkang mata untuk menelaah pelajaran hingga lewat malam kerana saya percaya situasi seperti ini hanya membawa kepada 'diminishing return' semata-mata. Oleh sebab itu saya sedikit hairan dengan keadaan diri saya yang mengantuk di dalam kelas ini, meskipun waktu tidur saya agak terkawal. Kadang-kala, saya berharap mata saya sekuat Fatin dan Aainaa agar lebih banyak yang boleh ditelaah setiap malam. Mungkin agaknya saya memang seorang penidur.
Saya tidak mempunyai kelas selepas makan tengahari hari ini. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk membaca blog rakan-rakan. Saya terpanggil untuk berkongsi perkara yang hampir serupa dengan apa yang dialami oleh saudari Syafiqah Misteri seperti yang direncanakan dalam blognya. (P/S: Saya amat tertarik dengan gaya penulisannya yang selamba dan straightforward, mirip dirinya dalam dunia sebenar).Jujur saya katakan bahawa saya juga mengalami sindrom pasca-Raya yang sama, meskipun tidak seradikalnya. Menyedari hakikat ini, petang semalam saya berjoging mengelilingi kampus dengan harapan segala lemak tepu di saluran intestin saya pergi meninggalkan saya. Peter Bjorn dan John mendendangkan irama indie rock Sweden mereka di telinga saya. Saya sedikit hairan melihat kemerosotan populasi KYUEM petang itu. Mungkin saya terlalu awal. Sebelum itu, saya lakukan sedikit senaman ringkas selama 20 minit di dalam chalet sambil diperhatikan oleh Tiger yang sedang khusyuk menonton Harold and Kumar: Escape from Guantanamo Bay. Sebuah filem ringan untuk mereka yang bosan. Saya sedar tanpa usaha yang istiqamah, target tidak mungkin dapat dicapai.
Saya sayang tubuh saya.

Saya dalam dilema.
Patutkah saya menawarkan diri untuk menyertai editorial board yearbook batch 10 & 10.5?
Saya sedar tanggungjawabnya besar.
Tugasnya bukan sedikit.
Saya cuma khuatir akan komitmen saya terhadap pelbagai perkara lain.
Namun saya punya banyak idea yang ingin saya sumbangkan.
Wajarkah saya pulang ke rumah minggu ini?
Saya punya alasan kukuh untuk pulang.
Juga tinggal di kolej.

Mungkin cost-benefit analysis dapat membantu dalam penilaian saya.
0 comments:
Post a Comment